noor'ain

Tuesday, April 22, 2008

syafiq




lagi jom heboh


jom heboh


Ni gambar anak bersama pelakun2 drama....x ingatlah nama drama tu. Yang Emelda jadik gemuk kendian berubah jadi lawa tu.

ayam masak merah

Ni resepi orang malas. Resepi yg I punyer ni simple je, main campak2 jer. Sori ek gambar x de.

1 ekor ayam (potong ikut suka, then goreng separuh masak)
Cili sos
Tomato sos
Sos Tiram sikit
Bawang besar dimayang
Bawang putih dititik
Serai dititik
Sedikit santan

Tumis bawang putih, serai sampai naik bau. Masukkan ayam, then tuang segala sos tu dan jugak santan. Tambah garam. Masak lagi sampai kuah pekat. Dah siap, boleh ngappp

Ayam masak serai

Bosan x tau nak wat apa. Ni nak tulis resepi. Ayam masak serai. Resepi ni kawan lama yg bagi. Memang sedap. Selalu gak masak kat rumah lauk ni.

1 ekor ayam (potong ikut suka)
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 biji cili (kalau nak pedas boleh tambah cili padi sikit)
3 mangkuk santan

Ayam digoreng separuh masak. Ketepikan. Serai, bawang & cili dikisar halus. Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan ayam yg digoreng tadi. Kendian, tuang santan. Letak sikit serbuk kunyit. Masak sampai kuah pekat, kena selalu kacau supaya x pecah santan.

bukit merah lagi


Ni masa nak melawat ke pulau orang utan, Bukit Merah. Seronok derang naik bot.

Monday, April 21, 2008

black forest


hafidz, syuhadah, syafiq


syuhadah

posing ngan syuhadah & syafiq

kek hantaran


yg ni pun guna buttercream jer. Untuk hantaran tunang.

2-tier wedding cake

cake ni ditempah oleh staff UIA jugak. Yg ni just guna buttercream, dia x nak fondant.

black forest


eh silap, bukan black forest. Ni blueberry cake. Buat masa birthday anak yg ke 3, Aizat.

me & children

posing ngan hafidz & syafiq. Dalam bas tu, on d way nak pi Bukit Merah.

sibongsu syafiq

ni la anak bongsu kesayangan ahkak. Manja ya amat. Nakal pun boleh tahan. Baru tadika.

gud night


ishh..nak tido pun sempat posing lagik.

skylift


ni masa di Bukit Merah, last year. Gayat tu. Suspen jugak tengok budak berdua tu dok sendiri. Nak wat macamana, maknya pun gayat kat seat ni, sempat jugak snap gambor bebudak tu.

anika cupcake


cup cake


Suker wat cupcake ni, sebab senang banget and comei..

triffle


ni puding triffle. One of my favourite dessert. Cara buatpun teramatlah senang nya. Nak resepi?
Bahan
Kek span secukupnya
1 tin susu cair
gula secukup rasa (anggaran 6 sudu besar)
1 tin air (guna tin susu tadi)
Tepung kastard anggaran 1/2 cawan
1 kotak instant jelly perisa raspberry (jenama Nona) bancuh dgn air panas
Masuk susu cair, gula, air. Jerang atas api sambil kacau bila menggelegak, masuk tepung kastad yg dibancuh dgn sedikit air. Kacau, jgn tinggalkan, nanti dia berketul, x beshh. Bila adunan dah pekat. Tutup api. Biarkan sejuk.
Sediakan buah2an. Terpulang samada nak fresh fruits atau canned fruit. Mcm kat sini akak guna peach dlm tin tu jer. Kalau nak cantik boleh letak strawberry.
Ok, cara dia, letak kek span dalam casserol. Tuangkan kastard tadi, kendian susun buah2an. Last sekali curahkan instant jelly yg dah dibancuh ngan air panas tadi. Dah siap. Sedap ni, mesti cuba punyer...

kek lagi


carrot cake


green fondant cake


anika cake chocolate


ni antara kek yg penah customer order

lagi kek fondant

ni pun customer dari forum ni order. X ingat dah tarikh dia.

kek hantaran (fondant)


kek fondant yg diorder oleh salah seorang forumer kat sini.

wedding cake


Ni kek 3-tingkat. Di order oleh menantu allahyarhamah Kasma Booty. Kak ain dah lupa nama anak dia yg kawin hari tu. Alahh..keluarga Booty tu..

chocolate cake


ni nak tulis resepi chocolate cake pulak. Memang sedap kek ni. Try la..


Bahan


1 cawan koko

1/2 cawan air

1 cawan gula halus


Bahan ni masak atas api perlahan sampai gula larut. Kacau dengan whisker supaya x berketul.


2 cawan tepung

5 biji telur

250 gm butter

1/2 s/t baking powder

1/2 s/t soda bikarbonat

esen vanila


Pukul butter dan gula sampai kembang. Masuk telur satu persatu, pukul rata, masukkan vanila. Hentikan mixer, masuk tepung dan kaup balik berselang seli dengan koko yg dah disejukkan tadi. Tuang dalam loyang 9". Bakar anggaran 45 minit atau sampai masak, pada suhu 170 c.


Bahan topping:


100 gm fresh cream

250 gm cooking chocolate


Masak fresh cream secara double boil. Patah2 kan chocolate dan masuk dlm mangkuk cream tadi. Kacau sentiasa sampai larut. Angkat dan sejukkan. Kendian boleh lah disapu atas kek yg sudah disejukkan tadi.


my elder children


shaqillah, faliq & aizat

me & friend


Ni gambar me & salah seorang part timer yg keje kat division ni. Orang Yaman, Suad nama dia. Budak ni baik sangat, very pleasant personaliti. Tapi sekarang ni dia dah berenti, sambung belajar, dia kata next year dah nak balik negara dia. Ni kenangan ngan dia.


Ni pun kat Bukit merah. Sonok betul budak2 tu mandi kat water park. Kalau boleh depa x nak balik.

Resepi


Nak belajar baking? Ni ada satu resepi untuk nak wat blueberry cheese tartlet. Dijamin sedap punyer..Sesiapa yg nak try, sila sila kan ye.. Happy baking...


Pastri


500 gm tepung gandum

250 gm butter

126 gm gula halus

2 kuning telur

2 sudu besar air

sedikit esen vanila


Pukul butter+gula+kuning telur sampai kembang. Masuk air, pukul lagi sampai rata. Masuk pulak tepung. Gaul dengan tangan dan uli rata. Kendian masukkan kedalam acuan tartlet. Bakar separuh masak, anggaran masa 20 minit. Keluarkan pastri, ketepikan.


Filling


500 gm creamcheese

120 gm gula halus

40 gm butter

2 kuning telur

Sedikit blueberry filling (boleh beli kat kedai bakery supplier)


Pukul butter, creamcheese, gula, telur sampai gebu dan kembang. Sudukan kedalam pastri yg dah dibakar separuh masak tadi. Letak sedikit blueberry filling dan lorek untuk hiasan. Bakar lebih kurang 20 minit lagi atau sampai masak.


dah siap untuk dimakan..hmmm yummmyy...



me & children


Ni dah sampai kat Bukit Merah. Posing ngan Syuhadah & Shafiq