noor'ain

Monday, April 21, 2008

Resepi


Nak belajar baking? Ni ada satu resepi untuk nak wat blueberry cheese tartlet. Dijamin sedap punyer..Sesiapa yg nak try, sila sila kan ye.. Happy baking...


Pastri


500 gm tepung gandum

250 gm butter

126 gm gula halus

2 kuning telur

2 sudu besar air

sedikit esen vanila


Pukul butter+gula+kuning telur sampai kembang. Masuk air, pukul lagi sampai rata. Masuk pulak tepung. Gaul dengan tangan dan uli rata. Kendian masukkan kedalam acuan tartlet. Bakar separuh masak, anggaran masa 20 minit. Keluarkan pastri, ketepikan.


Filling


500 gm creamcheese

120 gm gula halus

40 gm butter

2 kuning telur

Sedikit blueberry filling (boleh beli kat kedai bakery supplier)


Pukul butter, creamcheese, gula, telur sampai gebu dan kembang. Sudukan kedalam pastri yg dah dibakar separuh masak tadi. Letak sedikit blueberry filling dan lorek untuk hiasan. Bakar lebih kurang 20 minit lagi atau sampai masak.


dah siap untuk dimakan..hmmm yummmyy...



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home