noor'ain

Tuesday, May 6, 2008

Harga

Moist Chocolate Cake - RM35.oo per kg
Blueberry Cake - RM35.00 per kg
Black Forest - RM 35.00 per kg
Blueberry cheesecake - RM45.00 per kg
Moist Carrot Cake with cream cheese frosting - RM45.00 per kg
Blueberry cheese tartlet - RM 1.50 - per pc
Egg tart - RM1.50 - per pc
Kek hantaran fondant - RM90.00 (berat anggaran 2.5 kg)
Cupcake - RM1.50 (size S) per pc
Cupcake - RM2.00 (size L) per pc

Nak order kek or cookies?

Pada sesiapa yang berminat untuk order kek atau cookies yang ada kat sini boleh berhubung terus dengan saya di talian 012-9034170 atau 61964936.

Email : noor_ain@iiu.edu.my
nmusbahah@yahoo.com

Sila hantar order 3 hari dari tarikh kek hendak diambil/deliver. Buat masa ni, delivery cuma di kawasan Ampang, Pandan Indah, U.K. Perdana, Melawati, Keramat dan kawasan yang sewaktu dengannya. Tambahan RM15.00 untuk delivery charges. Kalau ambil sendiri tiada charges dikenakan.

Produk baru akan diupdate dari masa ke semasa. Terimakasih diatas sokongan anda.

7th May

Hmmm..tak tau nak update apa. Macam x de idea la nak citer apa lagi kat sini. Blog ni pun masih terlalu baru bagi saya. Banyak lagi benda nak kena explore. Seronok tengok blog orang lain yg canggih2. Cemana nak buat ek... Minggu ni pulak x de projek baru, order pun x banyak sangat. Tu yang rasa macam boring jek. Selalunya dah biasa sibuk, bila tak ada kerja ni rasa buhsan sangat...huaaa..

Monday, May 5, 2008

5th may 2008

Hari ni kerja macam biasa. Kat opis agak sibuk, maklum je, semester baru bermula. Sibuk melayan inquiries dari students. Minggu ni belum ada order lagi. Hmmm..mcm bosan je hari ni. Dah malam ni tak tau lagi nak makan apa.

Thursday, May 1, 2008

purple fondant


Green cake


cheese tartlet


Ni bluberry cheese tartlet, officer kat sini order. Kena siapkan lepas balik keje, dia nak 300 bijik. Tak tidor terus malam tu nak siapkan tart dan blueberry muffin.

Purple wedding cake


Blueberry muffin


fondant


anika cakes

Ni antara cakes hantaran yg customer order.

cornflakes cookies


Hazelnut cookies


Tart nenas


Yg ni my favourite.

Almond London


Yg ni pun memang hot seller. Tiap2 kali raya, kuih ni memang banyak orang order

Treashure cookies


Saja nak tepek gambar cookies ni. Manalah tau kot2 ada yg rasa macam nak order untuk raya nanti.

2nd may

Hari ni masuk kerja lewat sikit. Pagi tadi terus pegi sekolah rendah Bukit Indah untuk daftar sekolah Syafiq. Alahai anak manja ni dah nak sekolah...Macam tak terasa pulak dia dah semakin besar. Masih rasa dia macam baby. Lepas settle pendaftaran dia, teros amik bas pi Ampang Park. Then naik LRT ke Gombak. Sampai office dalam kol 10.00. Bos hari ni takde, cuti... apa lagi..enjoyyy...

Hmm..lama x jengok blog ni. Semalam cuti hari pekerja. Nama aje cuti, tapi x boleh cuti pun. Dah ada order yg kena siapkan. Buat 1 kek hantaran dan 1 birthday cake. Pastu ada kawan order tat nenas pulak. Pagi2 lagi dah bangun untuk start buat cookies & cakes. Tapi tu lah, lupa nak ambik gambar. So tak boleh lah nak paste gambar kat sini.